Key takeaways
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, menegaskan kempen PRN Melaka perlu bebas fitnah dan tohmahan untuk memastikan rakyat membuat keputusan secara rasional. Beliau turut memaklumkan Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM4 juta bagi 73 projek Program Jiwa Murni di seluruh negara.
- Khaled Nordin menyatakan proses demokrasi tidak sepatutnya dicemari oleh fitnah atau tohmahan semasa berkempen.
- Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM4 juta untuk melaksanakan 73 projek Program Jiwa Murni tahun ini.
- Program tersebut bertujuan memperkukuh hubungan antara Angkatan Tentera Malaysia dengan masyarakat setempat.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kota Melaka: Amalan kempen berbentuk fitnah dan tohmahan tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana proses pilihan raya di negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pilihan raya adalah proses meraikan demokrasi yang memberikan peluang sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan kerajaan serta kepimpinan yang benar-benar mereka inginkan.
"Demokrasi adalah masa di mana rakyat berpeluang untuk menentukan kerajaan dan kepimpinan yang dia mahu.
"Tidak sepatutnya dalam masa berkempen ada fitnah ataupun jerit-jerit apa semua tu.