KOTA MELAKA: Amalan kempen berbentuk fitnah dan tohmahan tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana proses pilihan raya di negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, pilihan raya adalah proses meraikan demokrasi yang memberikan peluang sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan kerajaan serta kepimpinan yang benar-benar mereka inginkan.
"Demokrasi adalah masa di mana rakyat berpeluang untuk menentukan kerajaan dan kepimpinan yang dia mahu.
"Tidak sepatutnya dalam masa berkempen ada fitnah ataupun jerit-jerit apa semua tu.










