JOHOR BAHRU: Wanita berusia 19 dicekup khalwat bersama seorang lelaki dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Damansara Alif, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melalui kenyataan berkata, pihaknya terdahulu pihaknya terpaksa menunggu kira-kira 25 minit di luar pintu unit kediaman itu selepas ketukan dan loceng yang dibunyikan beberapa kali tidak mendapat sebarang respons ketika serbuan kira-kira jam 2.40 pagi itu.

Sebaik pintu dibuka, katanya seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek dan baju t keluar dengan kelihatan mengantuk seolah-olah baru dikejutkan dari tidur.

Ketika ditanya mengenai keberadaan individu lain dalam rumah sewa berkenaan, lelaki terbabit mengaku bersama rakannya, namun tidak menyatakan jantina individu itu.