LONDON: Bekas kapten West Ham United, Scott Parker kembali ke kelab itu sebagai pengurus baharu selepas menandatangani kontrak selama dua tahun setengah dengan misi membawa pasukan berkenaan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Parker, 46, yang juga bekas pemain tengah England, pernah membuat 129 penampilan bersama West Ham dari 2007 hingga 2011.
Dia memiliki rekod cemerlang dalam membantu pasukan mendapatkan promosi ke liga utama apabila berjaya membimbing Fulham, Bournemouth dan Burnley naik dari divisyen kedua masing-masing pada 2020, 2022 dan 2025.
Parker menggantikan Nuno Espirito Santo selepas West Ham berpisah dengan pengendali dari Portugal itu susulan kekalahan berturut-turut yang menyaksikan kelab berkenaan berada di tangga kelapan carta Liga Kejuaraan.










