Kuala Lumpur: Operasi Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway sedang mengalami kelewatan sementara berikutan sebuah bas mengalami kerosakan teknikal berhampiran Stesen Setia Jaya pada jam 6 petang tadi.

Rapid KL dalam kenyataannya memaklumkan bahawa insiden itu menyebabkan bas lain tidak dapat membuat pusingan U di stesen berkenaan.

Keadaan itu turut menjejaskan kelancaran operasi dan mengakibatkan kelewatan perkhidmatan kepada pelanggan.

"Pasukan operasi dan teknikal Rapid KL sudah digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan bagi menguruskan situasi berkenaan serta memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.