HAMBURG: Dua remaja membaling kira-kira 200 batu dari sebuah jambatan di Lebuh Raya A7 berhampiran Hamburg, menurut kenyataan polis yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan itu, kedua-dua remaja lelaki berusia 14 dan 18 tahun berkenaan merosakkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan dalam kejadian berhampiran Terowong Stellinger pada lewat malam Selasa.
Polis memaklumkan tiada individu cedera dalam kejadian itu, manakala batu yang dibaling dipercayai merupakan serpihan batu kerikil.
Lebuh raya berkenaan ditutup sementara di kedua-dua arah sejurus selepas panggilan kecemasan pertama diterima.









