Kuala Lumpur: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang mendarat di kawasan lapang berhampiran Perumahan Sri Pertiwi, Kidurong, Bintulu, Sarawak, hari ini sedang melakukan penerbangan reposisi (repositioning flight).
Pengurus Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd (LLASB), Kapten Shahdon Poong, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 petang membabitkan helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLE yang dikendalikan seorang juruterbang bersama dua juruteknik.
Beliau berkata, penerbangan berkenaan bukan bagi melaksanakan misi pemindahan perubatan (MEDEVAC) untuk Kementerian Kesihatan (KKM) atau Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).
"Pihak syarikat ingin menjelaskan bahawa ketika kejadian, pesawat berkenaan tidak terbabit dengan misi penerbangan pemindahan perubatan (MEDEVAC) bagi pihak KKM mahupun Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).









