BARCELONA: Penjaga gol FC Andorra, Jesus Owono mengakui sedang melalui hari paling sukar dalam hidupnya susulan kematian penyerang Tenerife, Jesus de Miguel, selepas kedua-duanya bertembung ketika aksi Liga Divisyen Dua Sepanyol, Isnin lalu.
Owono berkata, dia masih sukar menerima hakikat tragedi yang meragut nyawa De Miguel, selain menzahirkan rasa dukacita terhadap kehilangan pemain itu.
"Saya sukar mencari kata-kata dan amat sukar untuk menerima apa yang berlaku. Saya berasa amat sedih atas kehilangan Jesus.
"Saya memikirkan dirinya, keluarganya dan semua insan yang menyayanginya," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan kelabnya, Andorra, hari ini.









