GEORGETOWN: Hospital Seberang Jaya (HSJ) melakar sejarah sebagai hospital Tahap 2 pertama di Semenanjung yang menawarkan prosedur angiogram dan angioplasti, sekali gus memperluas akses kepada rawatan jantung khusus untuk penduduk Seberang Perai dan kawasan sekitarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengucapkan tahniah kepada warga hospital berkenaan berkata peluasan perkhidmatan itu dijangka dapat memendekkan tempoh menunggu serta mengurangkan keperluan pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Januari lalu, saya telah berkunjung ke HSJ untuk merasmikan bangunan baharu hospital ini. Perkembangan hari ini tentunya menggembirakan tatkala peningkatan fasiliti telah disusuli dengan peluasan rawatan kepakaran yang amat diperlukan penduduk Seberang Perai dan sekitarnya.