BANGI - Pandangan masyarakat di peringkat akar umbi penting dalam membantu kerajaan memastikan dasar yang dirangka dapat dilaksanakan secara berkesan.Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, maklum balas rakyat turut menjadi asas kepada penambahbaikan dan penyelarasan dasar sedia ada agar pelaksanaannya lebih bersesuaian dengan keperluan semasa."Isu gaji sudah jelas dan pendirian kerajaan pun jelas. Jadi saya rasa kali ini reka bentuk dasar sangat jelas."Dari segi isu pengangkutan dan isu lain yang tidak semestinya mempunyai maklumat terperinci, saya akan bawa balik (ke kementerian) dan mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika ditemui selepas program Cerita Kedai Kopi: Bangi Bedah Belanjawan 2027, di sini pada Rabu.Beliau menjelaskan, sesi libat urus seumpama itu memberi peluang kepada kerajaan mendapatkan maklum balas secara langsung, sekali gus membantu kementerian mengenal pasti aspek pelaksanaan dasar yang memerlukan penambahbaikan.Justeru Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memaklumkan, pendekatan sedemikian akan diperluaskan ke kawasan Parlimen lain pada masa akan datang.Sementara itu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, program berkenaan dianjurkan bagi memastikan maklumat berkaitan Belanjawan 2027 dapat disampaikan terus kepada masyarakat, selain memberi ruang kepada penduduk menyuarakan permasalahan di kawasan masing-masing.Menurutnya, antara perkara utama yang dibangkitkan dalam sesi dialog itu melibatkan isu kejiranan, perbandaran dan pengangkutan."Kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tahu semuanya. Pendekatan bahawa kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir."Kerajaan harus bertindak berdasarkan maklum balas dalam menetapkan dasar, tetapi pada masa sama tidak boleh mengetepikan pandangan rakyat. Itu yang paling penting," ujarnya.Beliau turut memaklumkan terdapat perancangan untuk memperluas program seumpama itu dengan membawa menteri daripada kementerian lain bagi membincangkan isu khusus, termasuk berkaitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Maklum balas rakyat pandu pelaksanaan dasar kerajaan - Chin Tong

Key takeaways
Liew Chin Tong menekankan pentingnya maklum balas rakyat dalam memastikan dasar kerajaan dilaksanakan secara berkesan.
- Maklum balas rakyat membantu kerajaan menyelaraskan dasar yang sedia ada.
- Sesi libat urus memberi peluang kepada kerajaan mendapatkan maklum balas secara langsung.
- Pendekatan ini akan diperluaskan ke kawasan Parlimen lain.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Maklum balas rakyat pandu pelaksanaan dasar kerajaan - Chin Tong (this story)








