KUALA LUMPUR: Perkembangan dasar industri nadir bumi (REE), bilangan pesakit obesiti dan diabetes menerima rawatan GLP-1 RA, serta pencapaian terkini kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 ialah antara perkara menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pada sesi soal jawab, Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) meminta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan perkembangan kerangka dasar bagi industri REE, termasuk potensi pembangunan industri hiliran.

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan pesakit obesiti dan diabetes yang telah menerima rawatan GLP-1 RA bawah inisiatif Belanjawan 2026 serta jumlah dana disalurkan ke fasiliti kesihatan.