JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai, dekat sini pagi tadi.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Pegawai Bomba Kanan I Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.17 pagi.Beliau berkata, sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dengan enam anggota BBP Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian."Sejurus tiba di lokasi, anggota mendapati seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam kolam takungan itu ketika memancing seorang diri."Anggota bomba menggunakan tali dan pengusung untuk membawa keluar mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Awang Adzwan berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kulai untuk tindakan lanjut. - Bernama