KUALA LUMPUR – Perbicaraan saman fitnah yang difailkan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr. Saidah Haris @ Harith, terhadap pelakon Rita Rudaini bersambung pada Selasa di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nixon Kennedy Kumbong.Rita diwakili peguam Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, manakala kedua-dua plaintif diwakili peguam Haris Md Nor.Saman berkenaan difailkan susulan beberapa kenyataan yang didakwa memfitnah kedua-dua plaintif menerusi media sosial dan status WhatsApp antara Jun hingga September 2025.Antara kenyataan yang dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa kedua-dua plaintif bersikap biadab, tidak menghargai ibu bapa pelajar MRSM Sungai Besar serta pembohong.Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih menjadi perkara yang perlu diputuskan mahkamah berdasarkan keseluruhan keterangan, dokumen dan hujahan pihak-pihak.Dua saksi beri keterangan pada sebelah pagiPada sebelah pagi, dua saksi pihak plaintif memberikan keterangan.Saksi sepina, Dr. Shahrul Zuraidi Idris, memberitahu mahkamah bahawa Parents Support Group (PSG) diuruskan di bawah MUAFAKAT.Ketika disoal mengenai perkara itu, beliau menjelaskan bahawa garis panduan baharu PSG diwujudkan dan dibincangkan dalam mesyuarat pada 23 Jun 2025.Seorang lagi saksi ialah plaintif kedua, Dr. Saidah Haris @ Harith.Ketika disoal mengenai beberapa kenyataan defendan yang tidak menyebut namanya secara khusus, Dr. Saidah tidak bersetuju bahawa kenyataan berkenaan tidak merujuk kepadanya.Beliau menjelaskan bahawa apabila kenyataan itu dibaca secara keseluruhan dan berdasarkan konteksnya, pembaca akan memahami bahawa ia merujuk kepada dirinya.Antara ungkapan yang dirujuk dalam keterangannya ialah "tak yah nak panggil NYDP...tak layak langsung!!!", "Pnggil sekdah cukup", "minah bertudung labuh" serta gambaran mengenai "perwatakan ustazah".Dr. Saidah turut bersetuju bahawa wang sumbangan ibu bapa bagi tujuan infak penghawa dingin perlu mendapat persetujuan ibu bapa yang menyumbang sekiranya hendak digunakan untuk tujuan lain.Bagaimanapun, ketika pemeriksaan semula oleh peguam plaintif, Haris Md Nor, beliau bersetuju bahawa persetujuan ibu bapa berhubung perkara itu telah diperoleh dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sebelumnya.Sidang media diadakan sebelum keputusan mahkamahProsiding kemudian diteruskan dengan keterangan saksi pihak plaintif, Datuk Adnan Seman, yang turut dinamakan sebagai defendan ketiga dalam tuntutan balas.Ketika disoal mengenai sidang media berkaitan tindakan undang-undang berkenaan, saksi bersetuju bahawa sidang media itu diadakan sebelum mahkamah memutuskan kes tersebut.Beliau turut bersetuju bahawa dua Ahli Jawatankuasa (AJK) MUAFAKAT MRSM Sungai Besar hadir pada sidang media berkenaan, namun kedua-duanya bukan pihak dalam tindakan guaman yang sedang dibicarakan.Bagaimanapun, Datuk Adnan tidak bersetuju dengan cadangan bahawa tindakan guaman itu melibatkan entiti MUAFAKAT MRSM Sungai Besar secara keseluruhannya.Beliau juga tidak be
Kes fitnah Rita Rudaini: Saksi akui sidang media diadakan sebelum keputusan mahkamah

Key points
- KUALA LUMPUR – Perbicaraan saman fitnah yang difailkan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr. Saidah Haris @ Harith, terhadap pelakon Rita Rudaini bersambung pada Selasa di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Nixon Kennedy Kumbong.
- Saman berkenaan difailkan susulan beberapa kenyataan yang didakwa memfitnah kedua-dua plaintif menerusi media sosial dan status WhatsApp antara Jun hingga September 2025.
- Antara kenyataan yang dipertikaikan termasuk dakwaan bahawa kedua-dua plaintif bersikap biadab, tidak menghargai ibu bapa pelajar MRSM Sungai Besar serta pembohong.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Fail Pentagon dedah saksi akui lihat mayat makhluk asing
- Sinar Harian Kes fitnah Rita Rudaini: Saksi akui sidang media diadakan sebelum keputusan mahkamah (this story)








