KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori muatan simen di Jalan Tun Razak di sini pada Rabu.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem NG999 pada jam 4.23 petang."Seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Faizol berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.34 petang mendapati mangsa seorang lelaki berusia 40-an digilis oleh lori berkenaan."Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Penunggang motosikal maut digilis lori muatan simen

Key takeaways
Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 40-an maut selepas digilis lori muatan simen di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada Rabu petang.
- Panggilan kecemasan diterima pada 4.23 petang dan pasukan bomba tiba di lokasi pada 4.34 petang.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Suami isteri maut, MPV dihempap lori muatan tar
- Sinar Harian Penunggang motosikal maut digilis lori muatan simen (this story)
- Harian Metro Penunggang motosikal maut digilis lori simen
- Berita Harian Maut digilis lori pembancuh simen







