KOTA MELAKA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi memastikan ancaman serangan siber dapat dipantau, dicegah dan ditangani secara berkesan demi melindungi keselamatan serta kedaulatan negara.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ancaman pencerobohan dan serangan siber berlaku setiap hari, sekali gus memerlukan pemantauan serta langkah pencegahan secara berterusan."Setiap hari ada serangan siber. Kita sentiasa memantau, mencegah dan memastikan ia dapat ditangani dari segi ketenteraan. Saya tidak bercakap daripada segi hal lain-lain."Kita juga akan meningkatkan keupayaan itu," katanya semasa sidang media sempena Majlis Penyerahan Plat Projek Program Jiwa Murni MADANI Kementerian Pertahanan peringkat Melaka 2026 di Telok Mas pada Rabu.Menurut beliau, sebagai persediaan jangka panjang, Kementerian Pertahanan menubuhkan cabang keempat ATM menerusi Tim Nukleus Angkatan Siber ATM pada 19 September lalu bagi memperkukuh keupayaan menghadapi ancaman dan peperangan siber.Katanya, langkah itu penting memandangkan peperangan masa kini tidak lagi tertumpu kepada operasi di darat, udara dan laut, sebaliknya turut melibatkan domain siber."Atas sebab itulah kita mencadangkan untuk mewujudkan cabang keempat Angkatan Tentera iaitu cabang siber yang lebih mantap dan lebih fokus."Sekarang kita ada Tentera Darat, Udara, Laut. Perang di darat, perang di udara, perang di laut, lepas ini akan ada perang melalui siber."Jadi mesti ada angkatan khusus untuk menangani ancaman dan peperangan melalui siber," katanya.Jelasnya, Tim Nukleus Angkatan Siber ATM sedang membuat persiapan dari aspek organisasi, latihan anggota dan keperluan lain bagi membolehkan cabang berkenaan beroperasi sepenuhnya menjelang 2030."Kita dah tubuhkan Tim Nukleus baru-baru ini. Mereka sedang merancang dari segi organisasi, latihan untuk anggota dan segala perkara keperluan."Insya-ALLAH ambil masa mungkin paling lambat 2030 untuk kita lancarkan cabang siber Angkatan Tentera."Pada masa sama, pasukan ini menyepadukan empat teras utama pertahanan moden iaitu CEMA, C4, INTEL dan SPACE bagi membentuk landasan operasi yang kukuh," katanya.Ketika ini, ATM sudah mempunyai sebuah rejimen siber yang bertanggungjawab melaksanakan pertahanan dalam domain berkenaan.
ATM perkukuh kesiapsiagaan hadapi serangan siber

Key takeaways
ATM meningkatkan kesiapsiagaan siber dengan memantau, mencegah dan menangani serangan harian serta menubuhkan cabang keempat, Tim Nukleus Angkatan Siber, untuk memperkukuh pertahanan negara.
- Menteri Pertahanan menegaskan ancaman siber berlaku setiap hari dan memerlukan pemantauan berterusan.
- ATM telah menubuhkan cabang keempat, Tim Nukleus Angkatan Siber, pada 19 September 2023.
- Perang masa kini melibatkan domain siber selain darat, udara dan laut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PM: Dari siber ke makanan, M'sia perkukuh kesiapsiagaan
- Utusan Malaysia ATM tingkat keupayaan hadapi serangan siber
- Sinar Harian ATM perkukuh kesiapsiagaan hadapi serangan siber (this story)





