MELAKA: Meskipun Pakatan Harapan (PH) memberi restu kepada pengundinya untuk menyokong calon BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pemimpin parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagaimanapun mengesahkan tiada arahan untuk akar umbinya membalas sokongan itu.
Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata walaupun tiada arahan dikeluarkan kepada ahli dan penyokong parti, pihaknya menghargai pendekatan PH yang menyatakan kesediaan untuk membantu BERSATU.
"Walaupun Adly Zahari (Pengerusi PH Melaka) menyatakan secara terbuka bahawa tiada halangan bagi pihak mereka untuk memberi sokongan kepada kami di kawasan yang tidak ditandingi mereka, namun di pihak kami, kami tidak mengeluarkan apa-apa arahan.








