Hulu Klang: Cadangan penggiat seni veteran, AR Badul, mengenai permohonan dana khas bagi penerbitan karya bersiri yang memberi fokus kepada artis veteran akan dipertimbangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Menurut Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, mereka akan membawa permohonan berkenaan ke peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan untuk perbincangan lanjut.
Hans berkata, dengan pengubahsuaian dokumentasi dan format penerbitan, cadangan berkenaan akan disesuaikan menerusi inisiatif sedia ada, iaitu Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR).
"Cadangan itu sangat baik. Apa yang saya nyatakan tadi, saya akan bawa perkara








