BUKIT MERTAJAM – Polis menahan tujuh warga asing dan merampas dadah disyaki jenis MDMA serta ketamin bernilai RM1.08 juta dalam serbuan di dua premis di kawasan Bukit Tengah, di sini pada Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 12.50 tengah malam.Menurutnya, tujuh individu yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 38 tahun."Hasil pemeriksaan di kedua-dua premis berkenaan membawa kepada penemuan dan rampasan dadah disyaki jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta ketamin yang dianggarkan bernilai RM1.08 juta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Nik Aminuddin berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada tujuh individu terbabit positif dadah jenis methamphetamine manakala lima lagi negatif."Semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan dadah mahupun jenayah."Kesemua tangkapan direman selama tujuh hari bermula 1 hingga 7 November bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah melalui tindakan penguatkuasaan dan risikan secara berterusan."Usaha itu bagi memastikan kegiatan pengedaran dadah dapat dibanteras serta keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara," ujarnya.
Dadah RM1.08 juta dirampas, tujuh warga asing ditahan

Key takeaways
Polis menahan tujuh warga asing dan merampas dadah bernilai RM1.08 juta dalam serbuan di Bukit Tengah.
- Tujuh individu ditahan, termasuk enam lelaki dan seorang wanita.
- Dadah disyaki MDMA dan ketamin dirampas bernilai RM1.08 juta.
- Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah atau dadah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dadah RM1.08 juta dirampas, tujuh warga asing ditahan (this story)
- Berita Harian 7 warga asing dicekup, dadah RM1.08 juta dirampas








