SHAH ALAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamin dan bunga ganja bernilai lebih RM2.24 juta dalam dua operasi di Sepang dan Kelantan pada Ogos serta bulan lalu.
Pengarah JKDM Selangor, Noraidah Ishak berkata, semua dadah seberat 44.78 kilogram (kg) itu dirampas menerusi Operasi Mekong Dragon VII dan Operasi Shieldgate.
Katanya, kes pertama melibatkan pemeriksaan ke atas tiga kota








