NILAI – Perjalanan seorang pegawai pendidikan berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal Yamaha Xmax yang ditunggang terbabas sebelum melanggar besi penghadang di Kilometer (KM) 282.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.05 petang itu, mangsa, Mohammad Fauzee Azmi, 39, tercampak daripada motosikal sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh besi penghadang dan bergesel dengan trak pikap Toyota Hilux.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak manakala pemandu Toyota Hilux yang berusia 38 tahun tidak cedera. Ketika kejadian permukaan jalan basah ekoran hujan,” katanya.