KUCHING: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) melakukan pendaratan cemas di Bintulu hari ini selepas mengalami masalah teknikal kecil ketika dalam penerbangan dari Sibu ke Miri.
Memetik laporan The Borneo Post malam ini, Ketua Polis Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali mengesahkan pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Miri untuk mengambil bahagian dalam program pameran ketika kejadian sekitar jam 3.20 petang itu.
Tiada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berada dalam helikopter terbabit kecuali juruterbang dan dua anak kapal.
Menurut Nixon, syarikat pengendali helikopter akan menghantar kakitangan dari Miri untuk memeriksa keadaan pesawat dan menentukan punca masalah teknikal itu.









