Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menambah dua helikopter bagi memperkukuhkan lagi keupayaan operasi udara termasuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pemindahan pesakit atau mangsa kecemasan melalui udara (MEDIVAC).

JBPM menerusi kenyataannya di Facebook hari ini memaklumkan bahawa penambahan aset helikopter di bawah Projek Konsesi Pajakan Helikopter itu bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan penyelamatan dan kecemasan kepada masyarakat.

Kata JBPM, penambahan dua helikopter yang diperuntukkan kepada JBPM di bawah projek berkenaan adalah langkah strategik bagi mempertingkatkan keupayaan jabatan termasuk operasi pemadaman kebakaran selain memperluas keupayaan perkhidmatan ambulans udara (Air Ambulance).