Sebanyak 864 individu berprofil tinggi termasuk VVIP dan wakil rakyat dikesan gagal mencarum Perkeso bagi pekerja domestik mereka dan diberi tempoh hingga 7 Disember ini untuk berbuat demikian.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 864 individu berprofil tinggi termasuk orang kenamaan (VVIP), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikesan gagal mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pekerja domestik mereka.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 10,033 majikan pekerja domestik yang dikenal pasti tidak mematuhi kewajipan berkenaan berdasarkan semakan awal PERKESO setakat 1 Nov lepas.
Ditanya sama ada menteri turut tersenarai dalam kalangan majikan culas itu, beliau mendedahkan wujud individu berstatus lebih tinggi daripada anggota Jemaah Menteri dikesan melakukan kesalahan tersebut.









