Kes itu sebahagian daripada pertikaian undang-undang balas-membalas sejak 2020 apabila Missouri menyaman China, mendakwa Beijing menyebabkan kerugian ekonomi semasa pandemik dan pada mulanya menyembunyikan wabak berkenaan. (Gambar EPA Images) BEIJING: Sebuah mahkamah di China mula mendengar saman bernilai berbilion dolar terhadap negeri Missouri di Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan merosakkan reputasi China semasa pandemik koronavirus, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah di Wuhan, bandar raya di China tempat koronavirus mula dikesan pada akhir 2019, dalam satu notis yang dikeluarkan pada Isnin memaklumkan kes itu didengar secara terbuka pada Jumaat lepas dan prosiding masih berjalan.






