Mengenai keputusan tidak bertanding di DUN Gadek pada saat-saat akhir, Naib Presiden Bersatu Faizal Azumu berkata, langkah itu diambil susulan isu penyelarasan yang tidak sempat diselesaikan.PETALING JAYA: Naib Presiden Bersatu Faizal Azumu mengesahkan parti itu tidak mengarahkan akar umbinya menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka akan datang.

Faizal berkata, tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada ahli mahupun penyokong parti untuk berbuat demikian, walaupun Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebelum ini menyatakan tiada halangan bagi pengundi gabungan itu mengundi Bersatu di kerusi yang tidak ditandingi mereka.

"Tapi dalam masa sama, kami bersyukur kerana ada kepimpinan daripada PH yang menyatakan perkara terbabit," katanya ketika ditemui semasa membantu kempen di DUN Ayer Keroh, lapor Berita Harian.