PH tidak pernah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong untuk menyokong parti lain di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Key takeaways
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menegaskan bahawa gabungan itu tidak pernah mengarahkan ahli atau penyokong untuk mengundi parti lain di kerusi DUN yang tidak ditandingi. Tumpuan utama PH kini tertumpu kepada memastikan kemenangan di 24 kerusi yang dipertandingkan.
- PH tidak mengeluarkan arahan untuk menyokong Bersatu di kerusi yang tidak ditandingi.
- Keputusan mengundi di kerusi kosong diserahkan kepada pertimbangan ahli dan penyokong.
- Fokus PH adalah untuk menang di 24 kerusi DUN yang ditandingi.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong untuk menyokong parti lain di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, ini termasuklah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang meletakkan calon di tujuh kerusi.
Katanya, tumpuan PH hanyalah untuk memastikan kemenangan di 24 kerusi yang ditandingi.
Beliau berkata, soal sokongan di kerusi yang tidak ditandingi PH diserahkan kepada pertimbangan ahli dan penyokong.