KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan diumumkan bulan ini, perkembangan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran serta keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS menjadi tiga tumpuan utama yang berpotensi mempengaruhi hala tuju ekonomi Malaysia.

Ini khususnya membabitkan kestabilan harga, kos tenaga, perdagangan, pelaburan dan keyakinan pasaran.

Ketika BNM menilai keperluan mengekalkan atau melaraskan kadar faedah, ketidaktentuan dasar perdagangan AS dan konflik geopolitik di Asia Barat pula berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan, harga minyak serta kos operasi perniagaan, sekali gus menuntut Malaysia memperkukuh daya tahan ekonomi domestik.