KUALA LUMPUR: Jenama restoran makanan segera (QSR) dari Indonesia, Se'Indonesia, membuka cawangan pertamanya di Malaysia menerusi pembukaan outlet di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, semalam.

Kemasukan ke pasaran Malaysia itu menandakan langkah pengembangan antarabangsa pertama syarikat berkenaan, dengan kajian pasaran pengguna tempatan dilaksanakan bersama firma penyelidikan pasaran Malaysia, Central Force Insights, bagi memahami cita rasa, pilihan dan tingkah laku pengguna tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Force Insights, See Toh Wai Yu, berkata kajian bersama Se'Indonesia itu mendapati jenama berkenaan menerima maklum balas positif daripada pengguna Malaysia selain mengenal pasti beberapa aspek yang boleh disesuaikan mengikut kehendak pasaran tempatan.