Kuala Lumpur: IKEA Malaysia bakal membuka gedung fizikal pertamanya di Sarawak pada 27 November ini, sekali gus memperluas kehadiran jenama kelengkapan rumah itu ke pasaran Malaysia Timur menerusi format gedung lebih kompak.
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Takeshi Murai berkata, IKEA Kuching di Pines Mall Batu Kawa akan menjadi gedung berformat kecil pertama IKEA di Malaysia, menawarkan sekitar 5,000 produk kelengkapan rumah selain perkhidmatan perancangan dan kepakaran kediaman.
Beliau berkata, pembukaan itu membolehkan penduduk Sarawak menikmati pengalaman membeli-belah secara fizikal di IKEA buat kali pertama, termasuk mendapatkan produk ikonik jenama itu.
Malah pelanggan juga katanya boleh menikmati pilihan makanan IKEA menerusi konsep 'grab and go' yang lebih mudah dan pantas.








