BENGALURU: Ketika Parti Republikan mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) dan Texas memilih gabenor Demokrat pertama dalam tempoh lebih tiga dekad, antara individu paling terkesan bukanlah calon yang bertanding, sebaliknya bilionair Elon Musk.

Individu terkaya di dunia itu membelanjakan hampir AS$500 juta (RM2.1 bilion) bagi menyokong calon Republikan dan memastikan Texas kekal sebagai negeri yang dikuasai parti itu.

Texas merupakan lokasi operasi pengeluar kenderaannya, Tesla, syarikat roket dan kecerdasan buatan (AI), SpaceX, serta projek usaha sama pengeluaran cip yang dirancang antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, segala percaturan itu tidak menjadi kenyataan apabila Demokrat berjaya menguasai kedua-dua dewan Kongres, manakala Gina Hinojosa menewaskan Greg Abbott dalam persaingan merebut jawatan gabenor Texas.