Istanbul: Rumah Putih pada Rabu memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membongkok di atas meja Resolute Desk, disertai mesej: "Makluman khidmat awam: Trump masih Presiden anda," lapor Anadolu Ajansi.

Hantaran menerusi akaun Rumah Putih di platform media sosial X itu dibuat selepas Parti Demokrat mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa, apabila berjaya menguasai Dewan Perwakilan dan Senat, sekali gus menamatkan penguasaan Parti Republikan di Kongres.

Keputusan itu dijangka memberikan Parti Demokrat pengaruh lebih besar untuk menyekat agenda perundangan Trump, memandangkan Parti Republikan sebelum ini hanya memiliki majoriti tipis di kedua-dua dewan.