Kementerian Pengangkutan dan Rapid KL sedang berusaha menangani cabaran teknikal serta kesesakan perkhidmatan tren susulan arahan Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang berusaha menangani isu kesesakan perkhidmatan tren termasuk pelbagai cabaran teknikal dihadapi pengendali perkhidmatan itu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
“Ya, sedang diusahakan oleh pihak Rapid KL untuk kita (MOT) menghadapi pelbagai cabaran teknikal. Kita akan cuba menyelesaikan isu-isu teknikal untuk menambah baik (perkhidmatan),” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pengangkutan Bersama Pengamal Media Tamil di sini hari ini







