PETALING JAYA: Ibu bapa perlu membudayakan amalan membaca bersama anak-anak di rumah sebagai langkah mengelakkan generasi muda daripada terjebak dalam ketagihan penggunaan skrin.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, budaya membaca perlu diterapkan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian dan tidak hanya dianggap sebagai aktiviti mengisi masa lapang.
Katanya, usaha itu penting bagi mengelakkan anak-anak daripada terus terpengaruh dengan fenomena the scrolling generation atau generasi yang terlalu banyak menghabiskan masa menatap skrin telefon sehingga mengabaikan amalan membaca.
“Ada beberapa pendekatan praktikal yang boleh dimulakan oleh ibu bapa di rumah termasuk membaca atau berkongsi cerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.








