Kuala Lumpur: Impian skuad hoki lelaki negara untuk mengulangi pencapaian mara ke final sama seperti edisi 2023 tidak kesampaian apabila tewas kepada Jepun menerusi penentuan penalti shoot-out pada aksi separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia 2026, hari ini.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan 0-0 dalam tempoh permainan sebenar sebelum Jepun memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam penentuan penalti shoot-out untuk mencatat kemenangan 5-3.
Malaysia yang memburu kemenangan bagi mengesahkan slot ke final cuba memberikan tentangan sengit, namun gagal memecahkan kebuntuan sepanjang perlawanan.
Dalam penentuan pukulan penalti, Nik Aiman Rozemi, Shello Silverius dan Azrai Aizad Abu Kamal berjaya menyempurnakan percubaan masing-masing buat Malaysia.









