KUCHING: Kuching City FC berdepan misi penting untuk menghidupkan peluang dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila melayan kunjungan wakil Korea Selatan, Gangwon FC dalam aksi Kumpulan H di Stadium Taha Ariffin esok.

Tiga mata menjadi buruan skuad The Cats bagi memperbaiki kedudukan selepas kini menghuni tangga tercorot kumpulan dengan hanya mengutip satu mata.

Bagaimanapun, misi tersebut bukan mudah buat anak buah Aidil Sharin Sahak apabila beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Antara pemain yang tidak disenaraikan ialah Ronald Ngah Wanja, Jimmy Raymond, Adjin Mugajic, Ahmad Israiwah dan Gabriel Peres.