KULAI: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas setelah terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai, di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.17 pagi.
Katanya, seramai enam anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian susulan panggilan kecemasan diterima.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati seorang mangsa kanak kanak lelaki telah terjatuh ke dalam kolam takungan.









