Melaka: Penarik beca dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 46 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di sini pada Januari tahun lalu yang ketika kejadian mangsa berusia 13 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama kira-kira jam 11.30 malam pada 17 Oktober lalu di tempat sama.






