MELAKA: Penarik beca dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, selepas disabitkan kesalahan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 46 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di sini pada Januari tahun lalu, ketika mangsa berusia 13 tahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.