KUALA LUMPUR: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) melakukan pendaratan di kawasan lapang berhampiran Perumahan Sri Pertiwi, Kidurong, Bintulu, Sarawak, hari ini sebagai langkah berjaga-jaga

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata juruterbang helikopter berkenaan melakukan pendaratan jam 2.16 petang.

"Saya sahkan pesawat berkenaan membuat pendaratan precautionary (langkah berjaga-jaga) dan juruterbang tidak mengisytiharkan sebarang kecemasan.

"Keseluruhan seramai dua penumpang serta seorang juruterbang dilaporkan dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.