Tular video memaparkan sebuah helikopter berada di kawasan lapang bersebelahan kawasan perumahan berhampiran Sri Pertiwi di Kidurong, Bintulu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pengendali helikopter yang terlibat dalam insiden di Bintulu, Sarawak, hari ini menjelaskan pesawat itu bukannya mendarat cemas ataupun menjalankan misi perkhidmatan doktor udara (FDS) mahupun pemindahan perubatan seperti didakwa.
Pengurus bertanggungjawab Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, Shahdon Poong, berkata helikopter tersebut tidak menjalankan sebarang perkhidmatan bagi pihak Kementerian Kesihatan atau Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ketika penerbangan.
Katanya, pendaratan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya pendaratan cemas.







