NEW DELHI: Sekurang-kurangnya dua maut di negeri Andhra Pradesh, selatan India selepas ribut taufan kuat Murasu melanda kawasan pantai negeri itu, menurut pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.
Kedua-dua korban itu berlaku petang Selasa di daerah Bapatla, kira-kira 70 kilometer (km) ke selatan Amaravati, ibu negeri Andhra Pradesh.
Hujan lebat dan angin kencang akibat taufan itu turut merosakkan 312 rumah, talian penghantaran elektrik serta tanaman di kawasan seluas 52,459 hektar.
Murasu taufan kedua melanda negeri itu dalam tempoh seminggu selepas minggu lalu, Taufan Arnab melanda Andhra Pradesh dan Odisha, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.









