KULAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas selepas dioercayai terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai di sini pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 10.17 pagi.
Katanya, susulan itu, seramai enam anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya empat kilometer dari balai.








