IPOH: Kee Ming Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM44.17 juta bagi melaksanakan kerja kejuruteraan elektrik untuk sebuah projek pusat data berskala besar di Puncak Alam, Selangor.
Kee Ming dalam satu kenyataan berkata, Surat Anugerah berkenaan diterima anak syarikat milik penuhnya, Kee Ming Electrical Sdn Bhd, daripada kontraktor pihak ketiga yang menyediakan penyelesaian mekanikal dan elektrik bersepadu.
Skop kerja merangkumi pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem elektrik am, selain kerja elektrik bagi bangunan utama pusat data berkenaan.
Kerja elektrik am akan bermula selepas penerimaan Surat Anugerah, manakala kerja bangunan utama dimulakan selepas notis meneruskan kerja dikeluarkan kontraktor, dengan keseluruhan projek dijangka siap pada 30 Julai 2027.






