HULU KLANG: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedia mempertimbang cadangan bintang veteran, AR Badul agar dana khas bagi penerbitan drama bersiri yang memberi tumpuan kepada pelakon veteran diwujudkan.
Pengerusi FINAS,'Datuk Hans Isaac berkata, cadangan itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan FINAS untuk perbincangan lanjut.
Menurut Hans, cadangan itu disifatkan bernas dan berpotensi dilaksanakan menerusi penyesuaian inisiatif sedia ada, iaitu Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR), termasuk dari segi dokumentasi serta format penerbitan.
"Cadangan itu sangat baik. Seperti yang saya nyatakan tadi, saya akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa untuk dibincangkan.






