Seramai 598 individu berprofil tinggi termasuk VVIP, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikesan gagal memenuhi kewajipan pendaftaran atau pembayaran caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja domestik masing-masing.
Key takeaways
598 individu berprofil tinggi, termasuk Ahli Parlimen dan ADUN, tidak mendaftar atau membayar caruman Perkeso bagi pekerja domestik. Majikan 10,033 belum memenuhi kewajipan, dengan 26,669 lagi tunggakan.
- 598 individu berprofil tinggi tidak memenuhi kewajipan Perkeso bagi pekerja domestik.
- Majikan 10,033 belum mendaftar atau membayar caruman, 26,669 lagi tunggakan.
- Majikan diberi tempoh sehingga 7 Disember 2026 untuk menyelesaikan kewajipan sebelum tindakan penguatkuasaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – Seramai 598 individu berprofil tinggi termasuk VVIP, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikesan gagal memenuhi kewajipan pendaftaran atau pembayaran caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja domestik masing-masing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, berdasarkan semakan Perkeso setakat 1 November 2026, sebanyak 10,033 majikan pekerja domestik dikenal pasti belum memenuhi kewajipan berkenaan.
Beliau berkata, kumpulan individu berprofil tinggi itu turut merangkumi pemegang jawatan penting dalam sektor awam dan swasta.
“Sebanyak 26,669 majikan lagi dikesan mempunyai rekod tunggakan caruman yang memerlukan semakan serta tindakan susulan Perkeso.