Seorang lelaki terselamat apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Jenis Land Rover Defender musnah dalam satu kejadian kebakaran di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, tadi.
Key takeaways
Sebuah Land Rover Defender musnah 90 peratus dalam kebakaran di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town, manakala pemandu berusia 39 tahun terselamat kerana keluar dari kenderaan sebelum api membesar.
- Panggilan kebakaran diterima pada pukul 1.18 tengah hari di George Town.
- Sembilan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
- Anggaran kemusnahan kenderaan mencapai 90 peratus tanpa kecederaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
GEORGE TOWN – Seorang lelaki terselamat apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Jenis Land Rover Defender musnah dalam satu kejadian kebakaran di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, tadi.
Mangsa berusia 39 tahun dikatakan terlebih dahulu keluar daripada kenderaan itu sebelum keseluruhannya hangus dijilat api.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 1.18 tengah hari.
Menurutnya, sembilan anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak digerakan ke lokasi kejadian.