KUALA LUMPUR – Penganjuran acara Hyrox Kuala Lumpur 2026 yang mencetuskan kontroversi susulan penajaan syarikat minuman beralkohol berakhir selepas penganjur memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama bagi edisi di Malaysia.
Perkara itu diumumkan Hyrox Malaysia selepas ia mencetuskan kebimbangan dan bantahan setelah syarikat minuman beralkohol tersebut diperkenalkan sebagai rakan rasmi serantau acara terbabit.
Penganjur turut mengakui kesilapan tersebut kerana tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat, khususnya berkaitan kepercayaan agama dan nilai budaya di Malaysia.
“Kami memahami mengapa perkara ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tersinggung. Kami sepatutnya memberikan pertimbangan lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.








