KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an maut selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori muatan pasir di Jalan Tun Razak di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.23 petang itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem NG999 sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK I Mohd Faizol Mat Jusoh berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) tiba di lokasi pada pukul 4.34 petang.