LONDON: Penjaga gol Andorra, Jesus Owono dilaporkan menangis dan berdoa di bilik persalinan selepas penyerang Tenerife, Jesus de Miguel meninggal dunia susulan perlanggaran di padang ketika aksi Liga Divisyen Dua Sepanyol, Isnin lalu.

De Miguel, 30, menghembuskan nafas terakhir semalam selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan dada dalam insiden pada masa kecederaan ketika kedua-dua pemain bertembung.

Owono, 25, yang keluar dari kawasan penalti untuk menghalang serangan lawan, dilayangkan kad merah susulan insiden itu, manakala De Miguel terbaring tidak sedarkan diri sebelum menerima rawatan kecemasan dan dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Penyerang Tenerife itu dilaporkan mengalami serangan jantung di padang dan berjaya diselamatkan sebelum keadaannya merosot sepanjang malam.