Kuala Lumpur: Seramai 1,500 pekebun kecil sawit persendirian dengan keluasan tanaman 5,900 hektar dijangka menerima manfaat menerusi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata program berkenaan adalah antara inisiatif kerajaan untuk membantu pekebun kecil melaksanakan penanaman semula sawit.

"Selain itu seramai 740 pekebun kecil sawit persendirian dengan keluasan tanaman 11,110 hektar turut dijangka mendapat manfaat menerusi Program Tanam Semula Sawit (TPSS)," katanya katanya pada sesi penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan 2027 peringkat Jawatankuasa, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian turut membantu memudah cara permohonan pekebun kecil kepada institusi perbankan yang menyediakan kemudahan pembiayaan bagi program berkenaan.